Syafiq Farhain sudah berpunya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mengaku sudah berpunya, namun, penyanyi Syafiq Farhain, 27, memilih untuk tidak bercerita mengenai kisah peribadi atas alasan tiada keperluan baginya berbuat demikian.

Syfiq berkata, bukanlah niat mahu berahsia, namun, hakikatnya, penyanyi lagu Kau Bidadariku ini lebih selesa berkongsi perihal karier sebagai artis dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Syafiq mengaku dirinya sudah berpunya namun enggan berkongsi kisah peribadi. Foto Ihsan Syafiq Farhain
Syafiq mengaku dirinya sudah berpunya namun enggan berkongsi kisah peribadi. Foto Ihsan Syafiq Farhain

“Tipulah kalau saya tiada kekasih. Sudah tua kerepot macam ini, mestilah ada,” katanya pada sidang media virtual Mobile Legend : Anonymoz Merdeka Challenge 2021, semalam.

Turut hadir pada sidang media itu adalah wakil penganjur, Anonymoz Gaming, iaitu organisasi e-sukan diterajui anak muda berusia 25 tahun, Muhammad Haikal Mohd Fauzi atau lebih dikenali sebagai Ben Haikal.

Puas diasak, Syafiq atau nama penuh, Nursyafiq Farhain AM Salim enggan mendedahkan secara terperinci kisah percintaannya itu.

“Bukanlah hendak berahsia. Kalau orang tanya sama ada saya ada kekasih, saya jawab iya, ada. Tetapi saya tidak suka berkongsi lebih lanjut.

“Selain itu, saya mahu jaga imej jabatan. Bagi saya, tiada masalah bercinta, namun, saya tidak mahu keluar gosip bukan-bukan.

“Saya tidak suka berkongsi kisah cinta dengan netizen di laman sosial. Siapa yang tahu, dia tahulah. Saya fikir tiada keperluan untuk bercerita kisah peribadi atau hendak kahwin… Biarlah kerjaya sahaja yang berbicara,” katanya.

Anak kepada penyanyi Iklim, Allahyarham Saleem itu turut ditanya mengenai hubungan dengan ibu tiri, Juriah @Julia Bachok.

“Sebelum arwah pergi, saya mengaku ada krisis dengan ibu tiri. Perkara itu berpanjangan sehingga arwah ayah tiada.

“Cuma, sebagai anak muda, saya tidak ambil peduli. Saya juga tiada berhubung dengan ibu tiri sekarang. Saya okay dengan cara ini,” katanya.

Mengelak diri tertekan dengan masalah yang difikirkan tidak perlu, Syafiq enggan terus hanyut dengan krisis kerana bimbang bermacam-macam cerita atau perkara tidak betul, boleh timbul.

“Selagi boleh tutup, saya tutup. Hubungan dengan adik beradik tiri okay saja,” katanya.

Mengenai pembabitannya dengan acara acara e-sukan itu, Syafiq berkata, dia diundang membuat persembahan virtual dalam program itu pada 31 Ogos ini.

“Saya akan menyanyikan sebuah lagu. Saya diberitahu perlu menyanyikan lagu patriotik,” katanya.

Selain Syafiq, Apak Khalifah juga bakal membuat persembahan pada program itu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat