Seramai 15,734 usahawan dari seluruh Malaysia telah dilatih melalui INSKEN

- Advertisement -

CYBERJAYA, 24 OGOS 2021 – Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) telah melepasi sasaran tahun 2021 iaitu 15,734 usahawan dari seluruh Malaysia telah dilatih melalui 366 program latihan dan bimbingan keusahawanan yang diadakan secara atas talian sehingga akhir Julai 2021.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Encik Muhd Firdaus Azharuddin, laporan menunjukkan RM5.6 juta hasil jualan dapat ditingkatkan melalui 7 program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) dan 2 program Online Onboarding Coaching Program (E Board) yang telah tamat.

Beliau menjelaskan, INSKEN tidak pernah berhenti menghulurkan bantuan kepada usahawan melalui program bimbingan dan latihan keusahawanan bagi memastikan usahawan dapat meningkatkan skala perniagaan walaupun sedang menghadapi pandemik COVID-19.

Beliau turut menggesa usahawan untuk memperbaiki Business Model sebagai perkara asas paling utama selain terus menguasai ilmu keusahawanan yang lain seperti jualan dan pemasaran. Semakan Business Model ini boleh dibuat dengan menyertai Program Online Biz Plan Review anjuran INSKEN.

“Dalam usaha kerajaan untuk mempersiapkan usahawan ke arah ekonomi digital, INSKEN telah berjaya melaksanakan 8 program Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) sehingga Julai 2021. 2 program E-Board yang sudah tamat telah mencatatkan peningkatan jualan melebihi RM300 ribu manakala 6 lagi program masih sedang berjalan.

“E-Board merupakan sebuah program bimbingan yang direka khas untuk meningkatkan jualan dengan menggunakan platform secara atas talian seperti Facebook, WhatsApp, TikTok, Instagram dan banyak lagi.

“Keberkesanan program E-Board terbukti melalui Puan Jasmin Aksan yang telah mencatat peningkatan jualan sebanyak 1,595% selepas mengikuti program ini selama 4 bulan.

“Beliau yang menjalankan perniagaan pembungkusan hadiah dan acara majlis, telah memilih platform Instagram dan hasil mempraktikkan ilmu yang diperolehi seperti membuat Instagram Ads kepada sasaran pelanggan yang tepat, perniagaan beliau mula menunjukkan perubahan positif sehingga hasil jualannya melonjak kepada puluhan ribu ringgit.” jelasnya lagi.

Selain itu, INSKEN turut mensasarkan pelaksanaan 13 program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) pada tahun ini.” Katanya melalui kenyataan media.

Menurut beliau lagi, sasaran tersebut bukan sahaja telah dicapai, malah 23 program IBBC berjaya dijalankan secara atas talian sehingga Julai 2021 dan sekaligus melebihi sasaran tahun 2021. Kecemerlangan program ini juga terbukti apabila RM5.3 juta peningkatan hasil jualan tercipta daripada 7 program IBBC yang telah tamat sehingga Julai 2021. IBBC merupakan program bimbingan selama 4 bulan mengikut industri ini turut diukur keberkesanannya melalui pencapaian minima 20% peningkatan jualan selepas tamat program.

“Terkini, usahawan daripada Industri Postnatal Care iaitu Puan Dayang Angela Awang Kassim mencatat lonjakan hasil jualan sebanyak 121% selepas mendapatkan bimbingan daripada pakar industri ini sendiri.

“Beliau yang berasal dari Sarawak ini telah menetapkan terma dan syarat seperti yang dipelajari melalui program IBBC serta mengatur strategi promosi lebih bijak bagi memastikan kelangsungan perniagaan dan ianya terbukti berhasil dengan purata jualan sebanyak RM22,000 sebulan. Pendekatan mengambil tahu tentang realiti sebenar industri masing-masing haruslah di ambil berat oleh setiap usahawan agar tidak terpesong dari keadaan semasa. Situasi perniagaan bagi setiap industri adalah berbeza, maka wajarlah usahawan berusaha memajukan perniagaan berdasarkan keadaan atau permintaan dari industri masing-masing, kata Encik Muhd Firdaus lagi.” Ujarnya.

Menurutnya beliau lagi, usahawan juga harus peka dengan perkara asas yang boleh memberi impak besar terhadap perniagaan. Sebagai contoh, usahawan produk makanan dan minuman seharusnya menguasai cara pengiraan margin bagi setiap menu yang ditawarkan dan bukanlah sekadar meletakkan harga mengikut anggaran semata-mata.

Dalam pada itu, pengiraan margin yang tepat dapat membantu meningkatkan keuntungan dan ia boleh dipelajari melalui program Menu Engineering anjuran INSKEN. Selain program bimbingan, INSKEN turut melaksanakan program latihan selama 2 hari melalui INSKEN Business Training (IBT).

Katanya lagi, program berasaskan topik digital telah diperbanyakkan sebagai salah satu usaha untuk membantu usahawan membuat transformasi perniagaan daripada konvensional kepada digital. Encik Muhd Firdaus turut berkata, usahawan sudah mulai sedar kepentingan transformasi ke arah digital dan INSKEN tidak pernah jemu untuk membantu usahawan kekal bertahan melalui usaha memperbanyakkan program latihan pendigitalan.

“Hasil kaji selidik Impak Perintah Kawalan Pergerakan Terhadap Lanskap Keusahawanan di Malaysia yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), 48.31% usahawan sudah menjalankan perniagaan secara atas talian sehingga akhir Jun 2021. Situasi ini dapat dilihat apabila program INSKEN Business Training semakin mendapat sambutan yang amat baik.

“Sehingga Julai 2021, 13,387 usahawan telah mendapat manfaat daripada 290 program latihan yang dijalankan. Melihat kepada permintaan semakin tinggi, program IBT juga ditambah dari semasa ke semasa yang merangkumi latihan kepada semua kategori usahawan. Sehingga hari ini, INSKEN masih komited menghulurkan bantuan menerusi program latihan, bimbingan serta konsultasi percuma secara atas talian kepada semua kategori usahawan melalui program e-BizClinic.

“Maklumat lanjut mengenai kesemua program latihan dan bimbingan keusahawanan anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad boleh didapati melalui laman web rasmi INSKEN di www.insken.gov.my.” jelas beliau.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat