Bapa Saudara Hishammuddin Meninggal Dunia

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bapa saudara kepada bekas Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meninggal dunia, sebentar tadi.

“Bapa saudara saya, Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali Seth telah pulang ke Rahmatullah. Perkhabaran yang amat menyedihkan bagi kami sekeluarga.

“Marilah kita sama-sama doakan, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama para hambaNya yang diredhai. InsyaAllah.” tulis Hishammuddin di Facebooknya.

Allahyarham Tan Si Dato’ Mohd Ghazali Seth, 92, dilahirkan pada 4 February 1929 di Johor Bharu, adalah bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia  ke-7 dari tahun 1982 hingga 1985 dan juga mantan Panglima Tentera Darat dari tahun 1977 hingga 1982.

Allahyarham juga pernah berkhidmat di bawah kepimpinan kedua-dua Perdana Menteri iaitu iparnya sendiri, Tun Hussein Onn serta penggantinya Tun Dr. Mahathir Mohamad. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat