40.8 Peratus Populasi Malaysia Lengkap Dua Dos Vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan sejumlah 40.8 peratus populasi keseluruhan di Malaysia atau 13,315,774 orang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin setakat semalam.

Melalui perkongsian di laman Facebook dan Twitter rasmi JKJAV, sebanyak 18,476,589 individu sudah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31,792,363 dos.

Menakala sebanyak 56.9 peratus populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos menunjukkan peningkatan setakat semalam.

Vaksinasi harian pada Isnin pula mencatatkan penurunan kepada 396,576 dos berbanding 441,100 dos diberikan dua hari lepas dengan 246,109 daripadanya merupakan dos kedua.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat