Pelantikan Jemaah Menteri Hak Prerogatif PM – Tun Faisal

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, pelantikan anggotan Jemaah Menteri adalah hak prerogatif Perdana Menteri.

Jelasnya lagi, ianya telah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam PERLEMBAGAAN, hak mencadangkan pelantikan anggota Jemaah Menteri adalah hak prerogatif Perdana Menteri.

“Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut: (b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik menteri-menteri lain dari kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen”. katanya.

Beliau menyeru agar parti pembangkang dan Majlis Kerja Tertinggi parti-parti politik perlu memahami perkara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan ini.

Ujarnya lafi, Perdana Menteri perlu diberi kebebasan untuk mencadangkan nama-nama anggota pasukannya berdasarkan realiti politik dan keadaan semasa negara.

“Bukan senang tugas beliau, yang paling penting bagi saya ketika ini adalah rancangan untuk mendirikan KERAJAAN PERPADUAN telah digagalkan. Alhamdulillah.” katanya lagi.

Sementara itu, beliau berterima kasih kepada semua Ahli Parlimen PN, Ahli Parlimen GPS, Ahli Parlimen Bebas, Ahli Parlimen BN yang kekal istiqomah menolak dan menghalang rancangan untuk mendirikan Kerajaan Perpaduan.

“Mudah-mudahan selepas ini jangan ada lagi usaha2 dari kumpulan tertentu menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan lagi.

“Cukup-cukuplah berpolitiking merebut kuasa, utamakan rakyat terlebih dahulu. Tunggu sampai PRU15, pastu lawan la secara terhormat.” tegasnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat