AIM bantu mangsa banjir di Yan, Kedah

- Advertisement -

YAN:  Seramai 131 Sahabat Amanah Ikhtirar Malaysia (AIM) yang terkesan akibat banjir besar yang melanda kawasan sekitar Yan, Kedah menerima bantuan berupa bekalan makanan.

Ketua Pegawai Operasi AIM, Shamir Aziz berkata, AIM menyumbang bantuan makanan seperti beras, gula, tepung, minyak masak, susu, bihun dan lain-lain.

“Selain bantuan yang diterima, tugas-tugas pembersihan kediaman juga telah dan sedang giat dilakukan oleh puluhan sukarelawan yang digerakkan ke kawasan berkenaan dengan mengikut SOP ditetapkan.

“Sahabat yang terkesan membabitkan tujuh blok, iaitu Blok Tanjung Dawai, Merbok, Jerai, Bedong, Semeling, Sungai Limau dan Amanjaya.” kata beliau yang menyampaikan sumbangan tersebut kepada Sahabat AIM, pada Isnin.

Selain Shamir, turut mengunjungi Sahabat ialah Ahli Lembaga AIM, Dato’ Mohd Farid Mohamad Ali dan pengurusan kanan.

Sumbangan tersebut diberikan berikutan banjir besar yang berpunca daripada fenomena kepala air di Gunung Jerai itu, sejumlah 131 kediaman Sahabat terkesan teruk apabila arus deras membawa sekali lumpur tebal yang merosakkan harta benda Sahabat.

Untuk rekod, Sahabat AIM bagi daerah Yan adalah berjumlah 3,162 orang dan kebanyakkan daripada mereka menjalankan perniagan kecil-kecilan dengan menjual makanan, berniaga kedia runcit, petani dan ada juga yang menjadi nelayan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat