Adun Kok Lanas Nasihat Ahli Parlimen UMNO Jangan Kerumun PM

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, menasihatkan Ahli Parlimen UMNO tidak terlalu ‘Overdose’ mengkerumuni Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Memetik Malaysiakini, jelas Alwi, tindakan berlebihan sedemikan boleh mendatangkan imej buruk kepada Perdana Menteri dan juga boleh mendatangkan kemarahan rakyat.

Beliau mengulas susulan beberapa gambar dan video tular menyaksikan Ismail Sabri diiringi dengan meriah ketika melawat lokasi bencana kepala air di Yan, Kedah, semalam.

Selain itu, terdapat juga beberapa keping gambar beberapa Ahli Parlimen UMNO menaiki kapal terbang rasmi Perdana Menteri yang turut mendapat kecaman warganet.

“Saya nak sebut tadi supaya Ahli-Ahli Parlimen kita, semua pemimpin politik terutama UMNO membantu menjaga imej Perdana Menteri.

“Tular di Kedah berpuluh buah kereta mengiringi Perdana Menteri. Guna kapal terbang Perdana Menteri, tak apalah nak naik itu, baguslah, tapi ini imej lama.

“Imej ini yang menyebabkan orang marah dengan kita. Jadi berpada-padalah. Boleh pergi tapi tak payahlah tunjuk,” katanya ketika ditemui media selepas sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas itu berkata demikian sebagai mengulas rombongan yang yang dilihat mengiringi Ismail Sabri pada lawatan tersebut yang tular di media sosial sejak semalam.

Antara ahli parlimen Umno yang dikatakan turut berada dalam perjalanan itu – seperti dalam gambar tular – ialah Mahdzir Khalid (Padang Terap), Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Hasan Arifin (Rompin) dan Mohd Salim Sharif (Jempol).

Sementara itu Mohd Alwi berkata, jika imej sedemikian kembali kepada Umno orang ramai akan membuat tanggapan keadaan itu seolah-olah berlaku apabila Umno berkuasa.

“Itu yang saya tegur sikit, bukan saya dengki, kita semua kena rai perdana menteri tapi bukan itu caranya. Ini kerumun sampai begitu sekali, ramai viral tak payahlah.

“Jagalah imej perdana menteri Umno ini kita nak bertahan lama. Perdana menteri tak salah, takkan dia nak halau dan marah, tapi kita kenalah tahu, tolong jaga imej parti. Imej perdana menteri adalah imej kita.

“Jadi kalau kita sayang perdana menteri jangan kita rosakkan imej dia. Ini maksud saya jangan salah faham pula. Rakyat tengok sakyat tak suka, tengok komen di media sosial tak bagus.

“Saya tak seronoklah dalam beberapa hari kita dah macam itu. Jangan overdose (berlebih-lebihan),” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat