Syed Saddiq Tubuh Parti Baharu, Fokus Untuk Belia

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak akan menyertai parti baru yang ditubuhkan Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya beliau akan menubuhkan parti politik baharu yang berbilang kaum dan memfokuskan belia.

“Jika di Thailand mereka boleh menubuhkan ‘Future Forward’, di Perancis mereka boleh menubuhkan ‘En Marche’ di bawah Macron, saya rasa sudah sampai masanya di Malaysia untuk menubuhkan gerakan terdiri daripada orang muda.

“Daripada teknokrat, profesional, ahli politik muda pelbagai latar belakang untuk bersatu bagi memastikan suara belia mendominasi Parlimen dan di luar Parlimen, akhirnya belia tidak boleh dipandang enteng lagi.

“Sudah sampai masanya untuk politik tidak dikawal dan dimonopoli orang sama,” katanya kepada Channel NewsAsia ketika berkempen untuk calon Pejuang bagi Pilihan Raya Kecil Slim.

Mahathir, bekas pengerusi PPBM, dilaporkan berkata beliau menubuhkan parti politik Melayu bebas yang baru kerana perjuangan parti lamanya diketepikan.

Apabila Mahathir mengumumkan parti barunya, beliau ditemani anaknya, Mukhriz dan bekas pemimpin PPBM, Marzuki Yahya, Maszlee Malik, Amiruddin Hamzah serta Shahruddin Md Salleh, tetapi Syed Saddiq tidak kelihatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat