Rumah Sewa Jadi Makmal Proses Dadah

- Advertisement -

MUAR: Tindakan seorang individu menjadikan sebuah rumah kampung di Seri Menanti di sini sebagai lokasi memproses dadah terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, serbuan yang turut disertai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman itu merampas pelbagai jenis dadah, wang tunai, kenderaan dan barangan kemas membabitkan nilai keseluruhan lebih RM1.2 juta.

“Pada 19 Ogos, pukul 9.45 malam, polis menyerbu sebuah rumah sewa yang mana lokasi ini disyaki dijadikan sebagai makmal dadah berikutan penemuan beberapa peralatan memproses bahan terlarang itu.

“Hasil serbuan merampas 22.5 kilogram dadah disyaki heroin dan syabu serta 279.27 kilogram serbuk putih dipercayai bahan kimia. Selain itu, polis menyita dua buah kereta jenis Volkswagen, sebuah kereta Honda Civic dan sebuah Proton Persona.

“Turut dirampas empat loket emas dan wang tunai bernilai RM47,800,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini hari ini.

Menurut Zaharudin, suspek berusia 57 tahun yang berasal dari Kluang, Johor itu kini direman selama seminggu bermula tarikh tangkapan.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek yang tidak bekerja ini positif dadah. Dia juga mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah iaitu memiliki dan menagih.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh memperuntukkan hukuman mati mandatori. Selain itu, polis juga membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

Tambahnya, pihaknya kini sedang mengenal pasti rangkaian pengedaran dadah berkenaan termasuk saki-baki individu terlibat. – UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat