Kemaskini Covid-19 Global: Kematian Mencecah 800,000 Kes

- Advertisement -

GLOBAL: Jumlah kematian akibat Covid-19 diseluruh dunia, kini mencecah 800,000 kes, dengan Amerika Syarikat, Brazil dan India menduduki 3 tempat teratas.

Lain-lain:-

  • Bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko telah didapati positif Covid-19 dan sekarang berada dalam keadaan serius dengan demam, kata jurucakap partinya.
  • Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) telah memberi amaran bahawa negara itu berada di ambang wabak di seluruh negara berikutan jumlah kes koronavirus tertinggi yang dicatatkan sejak bulan Mac.
  • India mencatat jumlah kes baru harian tertinggi di dunia selama 18 hari terakhir, dengan lebih daripada 50,000 kes baru setiap hari.
  • Lebih daripada 23.1 juta orang telah didiagnosis dengan COVID-19 di seluruh dunia, dan lebih daripada 14.91 juta telah pulih. Sekurang-kurangnya 804,400 orang telah mati, menurut Universiti Johns Hopkins.
  • Kes Coronavirus meningkat empat kali lebih banyak di kalangan mereka di bawah usia 40 tahun di Perancis, berbanding mereka yang berusia lebih dari 65 tahun, kata menteri kesihatan Olivier Veran, ketika Perancis melaporkan tambahan 3,602 kes COVID-19 baru.

al-Jazeera

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat