Polis Siap Siaga Hadapi Ancaman Penculikan

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Polis Sabah terus memperhebatkan kerjasama bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam menghadapi jenayah rentas sempadan termasuk penculikan untuk wang tebusan (KFR) sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, berkata pihaknya tidak menafikan adanya ancaman KFR setiap kali pilihan raya diadakan termasuk satu kes pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Oleh itu, pentingnya kita memperkukuhkan hubungan kerjasama antara Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan ESSCOM supaya dapat menghalang ancaman di kawasan pantai timur.

“Saya sendiri pernah mengetuai ESSCOM sebelum ini dan perkara itu pastinya memberi kelebihan.

“Selain itu, kita bersama pihak risikan ESSCOM dan Bukit Aman turut bekerja keras dalam usaha menangani semua jenayah berkaitan rentas sempadan, malah kita juga mempunyai hubungan sangat baik dengan pihak risikan di Selatan Filipina serta Indonesia,” katanya.

Beliau ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini.

Mengulas kunjungan hormat itu, Hazani menyatakan ia bertujuan kunjungan itu untuk menyampaikan visi dan misi beliau selaku Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu.

Menurutnya, beliau akan memfokuskan usaha menyelesaikan kegiatan jenayah berkaitan dadah, penyeludupan dan perjudian yang berleluasa di seluruh negeri.

“Sabah ketika ini berada di kedudukan kedua tertinggi di Malaysia bagi kegiatan penyeludupan rokok dan minuman selain negeri ini turut menjadi hab transit penyeludupan dadah ke negara jiran.

“Melihat situasi ini, penting bagi polis negeri menanganinya hingga peringkat akar umbi,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai persediaan polis Sabah menjelang PRN, Hazani menyatakan pihaknya bakal melaksanakan taklimat bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok dan segala perkara berkaitan pilihan raya akan dimaklumkan selepas taklimat selesai.

-Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat