Jong Un Koma, Kuasa Pemerintahan Diambil Alih Adiknya

Anwar Dakwa 120 MP Sokong, Tak Tunjuk Senarai Nama Kepada PH – Sinchew Daily

PETALING JAYA – Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan telah mendapat sokongan lebih 120 wakil rakyat untuk membentuk kerajaan, tetapi Presiden PKR itu tidak...

UMNO Sabah Bersedia Melangkah Jauh Ke Hadapan, Kata Bung

Kota Kinabalu - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pihak yang masih bersandiwara dengan menyalahkan pemimpin tertentu dalam hal...

Ahli Parlimen Batu Sapi Koma, Dipercayai Radang Paru-Paru

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (Warisan) Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan koma dipercayai akibat jangkitan radang paru-paru. Perkara itu disahkan...

Pan Borneo Fokus Pertama Bung Moktar

KOTA KINABALU - Memulakan hari pertama tugasan, Timbalan Ketua Menteri l yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin fokus kepada...

Lahad Datu : Polis Sabah Akan Rekod Keterangan Mohamaddin

KUALA LUMPUR- Polis Sabah akan merekod kenyataan bekas menteri, Datuk Mohamaddin Ketapi dalam masa terdekat berhubung dakwaan kononnya pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada...

Pyongyang – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dipercayai berada dalam keadaan koma.

The New York Post yang memetik dakwaan seorang bekas pegawai Korea Selatan berkata ia susulan langkah dibuat pemimpin itu yang menyerahkan sebahagian kuasa pemerintahan kepada adik perempuannya Kim Yo Jong beberapa hari lalu.

Chang Song-Min, bekas pembantu Presiden Korea Selatan, Kim Dae Jung mendakwa Jong Un sakit teruk selepas spekulasi mengenai penampilannya yang kurang memuaskan sejak awal tahun lalu.

“Saya merasakan dia (Jong Un) berada dalam keadaan koma, tetapi dia masih lagi hidup,” katanya kepada media Korea Selatan.

Song-Min menambah Yo Jong bersedia untuk membantu memimpin negara.

“Struktur penggantian yang lengkap belum terbentuk, jadi Yo Jong dibawa ke depan kerana kekosongan tidak dapat dipertahankan untuk jangka waktu yang lama,” katanya.

Desas-desus mengenai kesihatan Jong Un terus diperkatakan apabila beliau hanya dilihat beberapa kali sahaja dalam tahun ini selepas dikaitkan dengan pembedahan jantungnya pada April lalu.

Perkara itu menguatkan dakwaan apabila beliau tidak menghadiri sambutan ulang tahun datuknya Kim II Sung yang juga presiden dan pengasas Korea Utara pada 15 April lalu.

Tarikh berkenaan antara detik terpenting dalam kalendar politik negara.

Untuk rekod, Jong Un tidak muncul di khalayak ramai sejak mempengerusikan mesyuarat bersama Parti Politburo 11 April lalu.

Namun, ‘kehadirannya’ tidak lama selepas itu diragui dan dipercayai diganti dengan seseorang yang seiras dengan pemimpin itu.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Armenia Dakwa Jet Pejuangnya Ditembak Jatuh Pesawat Turki

KONFLIK Armenia-Azerbaijan memasuki fasa baru bila sebuah pesawat pejuang SU25 Armenia ditembak oleh apa yang didakwa kerajaan Armenia sebagai jet pejuang F-16 milik Turki. Jurucakap...

Emir Kuwait Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

EMIR Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, telah meninggal dunia pada usia 91 tahun setelah memerintah negara Teluk selama 14 tahun, para pegawai mengumumkan...

Angkasawan Amerika Syarikat Mengundi Dari Angkasa, Ini Caranya

BERJUTA-JUTA orang di Amerika Syarikat akan mengundi melalui pos atau secara terus untuk memilih presiden AS yang seterusnya. Bagaimanapun, satu undi akan diberikan sekitar...