PBPM Iktiraf Bumiputera Bukan Islam Dan Orang Muda – BERSATU Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Kemenangan YB Dato’ Seri Ronald Kiandee, Ketua BERSATU Bahagian Beluran, Sabah dan YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Ketua BERSATU Bahagian Tangga Batu untuk jawatan Naib Presiden membuktikan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) mengiktiraf Bumiputera Bukan Islam dan orang muda.

Ketua Penerangan Bersatu Negeri Sabah, Khairul Firdaus Akhbar berkata, pemilihan peringkat pusat BERSATU pada 22 Ogos lepas membuktikan keterbukaan dan pengiktirafan tinggi akar umbi BERSATU kepada Bumiputera Bukan Islam (BBI) dan generasi muda. Ini dapat dilihat melalui keputusan bagi pemilihan jawatan ketiga tertinggi dalam parti iaitu Naib Presiden.

“Keputusan ini adalah bukti jelas komitmen ahli yang untuk menjadikan parti sebagai wadah seluruh bangsa peribumi, tanpa mengira latar belakang kumpulan etnik, pegangan agama atau faktor wilayah, kata Firdaus.

Pada pemilihan peringkat pusat parti itu, Ronald Kiandee, Ketua BERSATU Bahagian Beluran mendapat undian tertinggi, dengan sejumlah 84 peratus undian.

Seramai 19,594 daripada 23,438 keseluruhan jumlah perwakilan yang hadir di seluruh seluruh negara, ujarnya.

Pemilihan YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, 34, dari Bahagian Tangga Batu sebagai salah seorang daripada tiga Naib Presiden menzahirkan komitmen ahli BERSATU kepada orang muda.  Pemilihan ini adalah manifestasi keterbukaan dan pengiktirafan kepada generasi muda, katanya dalam kenyataan media.

“Sabah akan terus memberikan komitmen tinggi untuk memastikan parti ini membangun dan berkembang pesat demi menggalas perjuangan membela rakyat dan tanah air tercinta, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat