Sayap Ahli Bukan Bumiputera Tidak Akan Jejas Bersatu Kata Hamzah

- Advertisement -

Cyberjaya – Langkah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mewujudkan sayap baru bagi membolehkan ahli bersekutu bukan bumiputera memegang jawatan dalam parti, dilihat tidak akan menggugat kedudukan parti dalam Muafakat Nasional (MN), kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Tidak (menggugat kedudukan dalam MN). Kita ada ahli-ahli bersekutu. Jadi, ahli bersekutu itu boleh menjadi ahli (penuh) kita.

“Bagaimanapun, apa yang penting kita menjunjung perlembagaan sedia ada. Kalau kita nak tukar apa pun, kita kena pastikan bahawa yang kita buat ini demi kepentingan bersama dalam pembentukan kerajaan Perikatan Nasional,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Semarak Bersatu Melayu Merdeka di Kulai, malam tadi.

Sabtu lepas, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti berkenaan akan mewujudkan sayap baru bagi membolehkan ahli bersekutu bukan bumiputera memegang jawatan dalam parti.

Untuk itu, beliau berkata satu jawatankuasa yang diketuai oleh Tan Sri Dr Rais Yatim telah ditubuhkan untuk melihat perkara tersebut dan mengemukakan cadangan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Menurut Hamzah, pihaknya dalam masa sama sedang giat menambah bilangan ahli parti dengan sasaran sejuta orang dalam tempoh enam bulan ini.

Beliau berkata semua ketua Bahagian juga sudah diminta untuk menambah jumlah keahlian di bahagian masing-masing.

“Saya merasakan dalam seminggu dua ini sudah ada pertambahan lebih kurang 200,000 (ahli) lagi. Itu menjadikan (jumlah ahli) kita hampir kepada 700,000.

“Insya-Allah angka sejuta itu boleh kita capai,” katanya.- Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat