Kedudukan Azmin Ditentukan Selepas Mesyuarat MPT Bersatu

- Advertisement -

Cyberjaya – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini menegaskan bahawa majlis kepemimpinan parti itu belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dalam parti itu.

“Saya ingin menjelaskan di sini ketika menjawab persoalan daripada pihak media, saya telah menjelaskan bahawa apa sahaja cadangan mengenai jawatan Azmin dalam Bersatu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.

“Perkara ini tidak pernah dibincangkan sebelum ini dan saya ingin menegaskan apa juga perkara berkaitan dengan parti akan diperhalusi dan diperbincangkan di dalam mesyuarat MPT parti,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Bernama semalam melaporkan, Faizal berkata mesyuarat agung luar biasa (EGM) Bersatu bakal membincangkan pelantikan Azmin sebagai seorang daripada naib presiden parti itu

Kenyataannya hari ini walau bagaimanapun tidak menyebut mengenai kedudukan naib presiden. Ia sekadar menyebut kedudukan Azmin dalam saf kepimpinan Bersatu.

Azmin dan ribuan pengikutnya menyertai Bersatu secara rasmi pada Sabtu lalu, serentak dengan berakhirnya pemilihan kepemimpinan Bersatu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat