Syed Saddiq bukan ‘cucu atok’, berpisah kerana beza ideologi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Ikatan Demokratik Muda (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau bukanlah ‘cucu atok’ atau kuda trojan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti didakwa.

Ahli Parlimen Muar itu sebaliknya menyatakan ada dua perbezaan ideologi yang ketara antara beliau dan juga Dr Mahathir sekali gus mereka berdua memilih untuk ‘berpisah’ membawa haluan politik masing- masing selepas digugurkan daripada parti Bersatu.

“Ada dua perkara berbeza antara saya dan Tun M, pertama saya percaya kepada meraikan kepelabgaian kaum dan agama di sebalik politik. Saya lihat itu kekuatan negara bukan kelemahan.

“Saya hormati pandangannya cuma ada perbezaan pendapat yang sangat ketara sebab itu selepas kami berdua digugurkan daripada Bersatu,
Tun M ada cadangkan tubuhkan lagi satu parti Melayu iaitu Pejuang.

“Saya dari awal memaklumkan saya berbeza pendapat walaupun Tun M kata orang Melayu tidak akan terima parti berbilang bangsa. Saya kata mungkin penerimaan sekarang lemah tetapi lebih baik saya sebagai anak muda melabur untuk 20, 30 tahun akan datang.

“Maka, di situ kita ‘berpisah’ dan Tun berkata kita (MUDA) tidak akan berjaya,” jelas Syed Saddiq dalam siaran podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Ahad.

Beliau malah menyatakan sangat terluka apabila Dr Mahathir melabel beliau sebagai pengkhianat.

“Baru- baru ini Tun M panggil saya pengkhianat, secara jujurnya ia sangat melukakan. Saya berkhidmat dengan dia agak lama, agak painful.

“Kawan-kawan dalam Pakatan Harapan (PH) cakap wayang saja, Saddiq dah SMS Tun dulu sebelum buat kenyataan media, itu tak benar. Jelas prinsip saya dan beliau berbeza,” katanya sambil menegaskan beliau akan sentiasa menghormati Tun Siti Hasmah Mohammed Ali sebagai seorang wanita yang hebat tidak kira kawan atau lawan.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq menyatakan perbezaan ideologi politik kedua antara beliau dan Dr Mahathir ialah, negarawan itu sentiasa percaya negara dipacu oleh personaliti pemimpin.

“Saya rasa institusi merangka negara pemusatan kuasa perlu kurangkan kuasa Perdana Menteri, peruntukan adil negeri pembangkang dan juga kerajaan, institsikan peranan pembangkang, pastikan tidak berlakunya pemusatan kuasa.

“Kerana pada akhirnya, saya berharap apabila 10, 20 tahun yang akan datang Malaysia jadi negara yang maju institusi-institusi kita begitu kuat dan kukuh.

“Tidak kira siapa pun yang jadi Perdana Menteri, parti mana pun menang Malaysia akan berada di landasan yang betul. Saya nak berada dalam satu keadaan walaupun saya kalah kepada lawan saya dalam politik saya rasa sangat gembira kerana negara kita tetap berada di tahap yang baik, kita meraikan kepelbagaian politik, kita pastikan politik institusi itu diberikan keutamaan supaya tidak kira siapa pun yang mentadbir Malaysia akan jadi negara maju,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat