Tebang satu pokok, ganti 100 pokok baharu – PM beritahu DBKL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh untuk menanam 100 pokok baharu sebagai ganti kepada sebatang pokok yang ditebang.

“Saya telah memberi arahan kepada Datuk Bandar, iaitu bagi setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula,” tegas Anwar di aplikasi X pada Rabu.

Perdana Menteri mengeluarkan arahan itu mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Semalam, Dr Zaliha memberitahu DBKL diarahkan segera mengambil tindakan menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi susulan kejadian terbaharu pokok tumbang di ibu negara baru-baru ini.

Dr Zaliha berkata pada masa sama, DBKL juga diarahkan menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi yang dijangka siap pada Julai ini bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

“Bagi memastikan kelestarian alam terus dijaga dan diberi perhatian, DBKL juga perlu memperincikan program penggantian semula pokok termasuk dengan meneliti kaedah-kaedah bagi memastikan pokok tersebut utuh dan selamat untuk jangka masa panjang,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat