Syarat serah Dusun Tua kepada Umno, lantik Speaker bukan ADUN – DAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebagai pertukaran kepada serahan kerusi DUN Dusun Tua kepada Umno, DAP mencadangkan supaya speaker DUN Selangor yang bakal dilantik selepas pembentukan kerajaan negeri bukanlah dari kalangan ADUN.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memaklumkan, parti itu mencadangkan penyandang DUN Banting, Lau Weng San sebagai calon speaker.

“Ketika kami diminta serahkan Dusun Tua, syarat kami adalah kami cadangkan bukan Adun sebagai speaker DUN.

“Dan kami cadangkan Weng San (untuk jawatan itu),” katanya.

Menteri Pengangkutan itu berkata demikian mengulas keputusan DAP menyerahkan kerusi Dusun Tua kepada Umno bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos depan.

Difahamkan, Weng San tidak akan mempertahankan kerusinya dalam PRN ini.

Susulan itu, Anthony berkata syarat itu disampaikan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang setuju dengan perkara itu.

Ketika ini Dusun Tua disandang oleh wakil rakyat DAP, Edry Faizal Eddy Yusof.

Kerusi itu merangkumi 63 peratus pengundi Melayu, diikuti 28 peratus pengundi Cina, India (tujuh peratus) dan lain-lain (dua peratus).

Terdahulu, beliau berkata ada pemimpin DAP yang “kecewa” kerana terpaksa melepaskan Dusun Tua kepada Umno tetapi mereka akan akur dengan keputusan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat