TLDM Usir Enam Bot Nelayan Asing Ceroboh Perairan Negara

- Advertisement -

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir enam bot nelayan dari Indonesia yang menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Jarak dekat sini, petang tadi.

Menurut Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat, Pangkalan TLDM Lumut, Pusat Operasi Armada (POA) Barat telah menerima maklumat dari Pusat Aduan Kawalan (CRC) Kuantan berhubung pengesanan enam bot tersebut berhampiran Pulau Jarak melalui pesawat CL 415 MP milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Maklumat itu segera disalurkan kepada Kapal Diraja (KD) Laksamana Hang Nadim yang melakukan rondaan di lokasi berhampiran pada pukul 2.15 petang.

“Kapal tersebut seterusnya melakukan tindakan pengusiran kesemua bot nelayan itu dan kekal membayangi kesemua bot berkenaan sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia adalah tindakan kedua dalam tempoh dua hari KD Laksamana Hang Nadim mengusir bot nelayan asing yang menceroboh atau cuba menceroboh perairan negara.

Pada pukul 5.55 petang semalam, kapal TLDM itu berjaya mengekang lapan bot nelayan asing daripada memasuki perairan negara berhampiran Pulau Perak, Kedah.

Terdahulu, Pusat Operasi Armada (POA) Barat menerima maklumat daripada CRC) Kuantan berhubung pengesanan lapan bot itu di posisi tenggara Pulau Perak melalui pesawat CL 415 MP milik APMM.

“Bertindak menerusi maklumat yang disalurkan, KD Laksamana Hang Nadim yang sedang dalam penugasan Op Benteng Laut telah diatur gerak ke lokasi.

“Setiba di lokasi, KD Laksamana Hang Nadim berjaya mengesan keberadaan kesemua lapan bot itu seterusnya melaksanakan tindakan pengusiran dan kekal membayangi kesemua bot itu sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara,” jelas kenyataan itu. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,589FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat