Tindakan Bekas Adun Keluar Bersatu Tidak Beri Kesan Kepada Parti

- Advertisement -

LARUT – Tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Che Zakaria Mohd. Salleh keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak memberi kesan kepada parti itu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang ditanya mengenai pengumuman bekas ADUN itu bagaimana pun enggan mengulas lanjut.

“Kalau dah bekas-bekas itu…biarlah ” katanya ringkas kepada pemberita pada penutupan Program Jelajah Kita Demi Negara di Astaka Batu Kurau, di sini hari ini.

Semalam, Che Zakaria menyatakan beliau mengambil tindakan keluar daripada Bersatu dan menyertai Amanah.

Menurutnya, beliau berasakan tidak dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat sekiranya terus kekal bersama Bersatu.

Beliau turut mendakwa terdapat dua lagi bekas ADUN daripada Bersatu akan mengikuti jejak langkahnya dalam masa terdekat.

Terdahulu, Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar dilaporkan keluar Bersatu dengan alasan masa depannya sebagai Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam parti itu semakin gelap. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat