Isteri Misbun Sidek Meninggal Dunia

- Advertisement -

PETALING JAYA – Isteri kepada legenda badminton negara, Datuk Misbun Mohd. Sidek menghembuskan nafas terakhir, malam ini.

Khabar duka itu dimuat naik laman Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia yang memaklumkan Allahyarham Datin Latifah Sidek meninggal dunia sebentar tadi.

“Sama-sama kita panjatkan doa dan sedekahkan al-Fatihah semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang disayangi-Nya jua. Takziah buat Datuk Misbun dan keluarga,” ujar hantaran tersebut hari ini.

Allahyarham dan Misbun mendirikan rumah tangga pada tahun 1987 dan dikurniakan enam anak, Misbun Syawal, Lia Murni, Misbun Ramdan, Lia Alifah, Lia Dewi Rubita, dan Misbun Awalauddin. – K! ONLINE

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah antara yang memberikan ucapan takziah kepada keluarga legenda badminton negara itu menerusi akaun Facebooknya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat