Infaq Rezeki PPIM Beri Manfaat Kepada 100 Ribu Orang

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Program Infaq Rezeki Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sehingga hari ini telah memberi manfaat kepada lebih 100 ribu orang dalam membantu rakyat yang terkesan dan terbeban dengan pendemik Covid-19.

Menurut PPIM, tabung Ifaq Rezeki ditubuhkan kerana menyedari keadaan pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia menyebabkan ramai yang kehilangan tempat tinggal, harta benda serta terputus sumber pendapatan. Ini telah mendorong Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama pelbagai pihak tampil mengadakan program Infaq Rezeki.

Hari ini PPIM dengan kerjasama PERKESO, KINGZ Motorcycle Group, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWIP), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd & Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) telah berkolaberasi menyantuni 200 orang pemandu teksi KLIA.

Agihan bernilai RM6,000 ini turut melibatkan jalinan kerjasama dan tajaan beberapa organisasi seperti sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd), Yayasan PATRIOT Negara Malaysia (YPNM), Icon Production Sdn Bhd dan SATRIA Intelligence Agency Sdn Bhd.

Menurut Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan, PPIM bersama-sama beberapa organisasi, penaja dan penyumbang berganding bahu bagi menyalurkan bantuan kepada pemandu teksi yang merupakan mereka yang terkesan dengan pandemik ini.

“Mereka sangat memerlukan sumbangan bantuan dengan kadar segera terutama bagi golongan ASNAF dan B40. Kami dengan ini berusaha bersama-sama menguruskan pemberian bantuan sumbangan dan beberapa barang keperluan.”

PPIM memaklumkan orang ramai yang berminat untuk menyumbang kepada tabung INFAQ REZEKI boleh mengunakan platform atas talian www.sumbangan.com.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,563FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat