Saya Sudah Maafkan Suami Kata Pavithra

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – S. Pavithra menjelaskan kontroversi yang melanda suaminya ada kaitan dengan masalah keluarga.

“Saya maafkan suami,” itulah antara luahan ringkas diberikan Youtuber masakan terkenal, S. Pavithra berhubung konflik yang berlaku ke atas dirinya dan suami yang menarik perhatian masyarakat seluruh negara, sejak beberapa hari lalu.

Pavithra, 28 tahun, berkata, dia tidak mahu lagi memikirkan masalah yang berlaku sebaliknya, mahu memberi perhatian kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan rancangan masakan di YouTube.

Bercerita lanjut, Pavithra menjelaskan, apa yang berlaku semuanya berkaitan masalah keluarga dan dia sudahpun maafkan suami atas apa yang berlaku.

“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Dia berkata demikian selepas menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Jumaat.

Terdahulu, suaminya, M Sugu, 29 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit di tempat awam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat