‘Boss’ kamu semasa di MOF pun ada kes korup – Isham Jalil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: ‘Saya ingin kata satu perkara sahaja kepada Tony Pua. Boss kamu di Kementerian Kewangan dulu pun ada kes korup di mahkamah, satu dia minta gugur dan satu lagi masih dibicara.’ Selar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil kepada bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

“Saya dimaklumkan bahawa Tony Pua dalam majlis makan malam DAP di Petaling Jaya malam tadi berkata bahawa parti dia mesti membuktikan bahawa mereka parti yang tidak korup dan boleh melakukan lebih baik “berbanding gabungan korup seperti Barisan Nasional, serta UMNO”.

“Apabila ada orang seperti ini petik nama UMNO dan memburuk-burukkan parti saya dalam majlis partinya, saya terpanggil untuk jawab, ini soal maruah parti kita.

“Saya ingin kata satu perkara sahaja kepada Tony Pua. Boss kamu di Kementerian Kewangan dulu pun ada kes korup di mahkamah, satu dia minta gugur dan satu lagi masih dibicara. Dan kawan-kawan parti kamu semasa jadi kerajaan 22 bulan dulu apabila ada dakwaan kes korup terus lompat parti masuk PN atau Bersatu dan tiba-tiba jadi “bersih”. Oleh itu celah mana yang kamu kata parti kamu itu bersih berbanding UMNO yang kamu kata korup?”. Soal Isham.

Kata Isham lagi, dan jika UMNO ini korup dan kotor sangat, tidak perlu tunggu PRU-16, sekarang pun boleh cadang kepada pimpinan tertinggi PH untuk tinggalkan UMNO daripada Kerajaan Perpaduan.

“Saya ok sahaja jadi pembangkang dan jika tidak kerana titah SPB YDP Agong dahulu, UMNO dan BN memang bersedia untuk jadi pembangkang selepas PRU-15 tempoh hari. Kamu sedia jadi pembangkang?”. Soal Isham lagi.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh menyelar tindakan biadab Tony Pua yang menggelar Parti Barisan Nasional sebagai Pakatan Korup dan sekaligus mewujudkan ketidakpuasan hati di kalangan akar umbi UMNO di bawah.

Akibat keceluparan tersebut, Dr Akmal menggesa Pua agar cermin dirinya sendiri sedangkan beliau hanya tin kosong yang tidak memberi manfaat kepada pembangunan negara.

“Jangan dek kerana tindakan biadab seorang individu seperti Tony Pua akan mengakibatkan keharmonian dan persefahaman yang ingin dibentuk tergendala dan berhenti di tengah jalan.

“Tony Pua harus belajar bahawa kehadiran UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan adalah aset penting dalam memastikan nasib dan igauan ngeri orang melayu ketika 22 bulan di zaman PH tidak kembali berulang.

“Selain itu juga, kepakaran dan pengalaman Menteri Barisan Nasional ketika ini juga yang menjadi faktor penting kepada kelancaran pentadbiran YAB Perdana Menteri ke Sepuluh. Pergerakan Pemuda menuntut Parti DAP agar mengambil Tindakan tegas kepada Tony Pua.” kata Dr Akmal menerusi kenyataan Facebooknya, malam tadi.

Terdahulu, bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua tiba-tiba menggelar Barisan Nasional sebagai ‘corrupt coalition’ atau pakatan ‘korup’ walaupun BN berada dalam kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).

Tony Pua berucap demikian pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, malam tadi.

Label sama juga diberikan kepada parti BERSATU selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.-SUARATV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat