Hutang cecah RM1.5 trilion, kerajaan usaha pacu ekonomi negara — Anwar

- Advertisement -

NILAI — “Kita tidak akan menambah hutang negara sedia ada yang kini sudah berjumlah kira-kira RM1.5 trilion, jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Kerajaan Perpaduan hari ini tidak akan berkompromi dengan amalan hutang yang diwarisi kerajaan lepas dan sedang berusaha memulihkan ekonomi negara.

“Seperti yang sedia maklum kita sedang usaha untuk memulihkan ekonomi negara ini. Ia bukan sesuatu yang mudah ada yang menyatakan mengapa kita cerita hal hal yang lalu?

“Rakyat perlu tahu kerana apa yang didengar dalam ceramah, seolah semua sudah sempurna. Kita kena faham ekonomi perlu dilonjakkan dipacu dengan lebih pantas. Kita mewarisi ekonomi yang malap.

“Hutang 1.5 trilion ringgit. Kalau kita sebagai keluarga, gaji 5 ribu sebulan, hutang satu juta. Nak pulih itu tidak mudah. Mengikut pakar ekonomi. Kita kata jangan hutang lagi,” katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Sentuhan Kasih Desa di Dataran Nilai Negeri Sembilan hari ini.

Anwar menambah, ekonomi negara hari ini jatuh akibat hutang daripada projek projek mega yang menelan belanja dan kos yang terlalu tinggi.

“Hutang projek mega, kos melampau-lampau, komisyen lebih, kemudian hutang Jana Wibawa (Program Penjanaan Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera). Melingkuplah ekonomi negara kita.

“Kalau kita turunkan defisit. Kita turun dari 5.6 peratus jadi 5 peratus. Kalau kita tidak ada maklumat ini kita akan terus ditipu.

“Orang tanya mengapa tak kurangkan lebih lagi? Kalau kurang lebih projek desa wilayah terpaksa dipotong, projek sekolah dipotong, kesihatan dikurangkan. Kita. Potong projek mega yang tidak mendesak. Kita tambah projek pembangunan desa pendidikan kita tambah 2 bilion ringgit,” katanya.

Turut hadiri pada majlis berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat