KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh menyelar tindakan biadab Tony Pua yang menggelar Parti Barisan Nasional sebagai Pakatan Korup dan sekaligus mewujudkan ketidakpuasan hati di kalangan akar umbi UMNO di bawah.
Akibat keceluparan tersebut, Dr Akmal menggesa Pua agar cermin dirinya sendiri sedangkan beliau hanya tin kosong yang tidak memberi manfaat kepada pembangunan negara.
“Jangan dek kerana tindakan biadab seorang individu seperti Tony Pua akan mengakibatkan keharmonian dan persefahaman yang ingin dibentuk tergendala dan berhenti di tengah jalan.
“Tony Pua harus belajar bahawa kehadiran UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan adalah aset penting dalam memastikan nasib dan igauan ngeri orang melayu ketika 22 bulan di zaman PH tidak kembali berulang.
“Selain itu juga, kepakaran dan pengalaman Menteri Barisan Nasional ketika ini juga yang menjadi faktor penting kepada kelancaran pentadbiran YAB Perdana Menteri ke Sepuluh. Pergerakan Pemuda menuntut Parti DAP agar mengambil Tindakan tegas kepada Tony Pua.” kata Dr Akmal menerusi kenyataan Facebooknya, malam tadi.
Terdahulu, bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua tiba-tiba menggelar Barisan Nasional sebagai ‘corrupt coalition’ atau pakatan ‘korup’ walaupun BN berada dalam kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).
Tony Pua berucap demikian pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, malam tadi.
Label sama juga diberikan kepada parti BERSATU selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.
Dr Akmal juga ingin mengingatkan bahawa Negara ini ketika dibawah pentadbiran Barisan Nasional yang beliau gelar sebagai Pakatan Korup telah memacu negara dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan dibawah Barisan Nasional juga Malaysia telah diangkat oleh Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang menyatakan Malaysia adalah negara ke-23 paling kompetitif di dunia.
Jelas beliau, inilah termasuklah Kejayaan Barisan Nasional meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga mencatatkan nilai RM1.4 trilion termasuklah usaha memperkasa Aset syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan mencecah beratus bilion dan beri pulangan tinggi kepada rakyat dan kerajaan seperti Khazanah Nasional yang naik dari RM32 bilion kepada RM116 bilion dan rizab tunai Petronas naik dari RM30 bilion kepada RM174 bilion.
“Namun ketika Negara beralih kepada Kepimpinan PH yang pada ketika itu Tony Pua dilantik sebagai Penasihat kepada Lim Guan Eng, Negara melalui zaman gelap sehingga Kerajaan tersebut rebah dalam tempoh 22 bulan. Beliau yang bertugas di Kementerian Kewangan tidak mampu memacu perkembangan ekonomi negara sehingga KDNK jatuh merudum dan hutan negara meningkat secara mendadak. Ini berlum dikira dengan kejatuhan nilai matawang Ringgit akiba Tindakan dan keceluparan beliau yang memberi gambaran negatif tentang Negara.” Kata Dr Akmal.-SUARATV



