UMNO Perlu Ramai Pemimpin Ada “Brain” – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO memerlukan lebih ramai pemimpin yang berakal dalam parti, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Dr Puad Zarkashi.

Katanya, lantikan Isham Jalil dalam barisan MKT ialah sesuatu yang diperlukan parti.

“Ya, kita memerlukan lebih ramai mereka yang ada “brain” dalam parti sebenarnya. Isham juga berpengaruh di media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Puad memberitahu, sesiapa yang mengkritik keputusan parti berisiko untuk menjadi senarai yang bakal dipecat daripada keahlian MKT UMNO.

Puad ketika ditemui media di Menara Datuk Onn memberitahu mana-mana perkara yang telah menjadi keputusan parti tidak wajar dikritik dan dipersoalkan.

Ditanya sama ada masih ada lagikah ahli MKT yang bakal disingkir selepas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman?

Puad menjelaskan, asas yang penting ialah sesiapa yang tidak ikut ketetapan parti memang wajar dikenakan tindakan.

“Saya rasa asas yang penting ialah siapa yang tak parti memang wajar pun dia kena tindakan.

“Sebab mana-mana organisasi perlukan ahli yang berdisplin yang patuh pada keputusan parti.

“Jadi tak kiralah siapa pun. Jadi soal ramai lagi tak timbul yang penting kalau semua patuh kepada parti tidak ada masalah,” kata Puad.

Selain itu, ditanya adakah tindakan memecat Tajuddin sebagai satu amaran mereka yang lantang mengkritik Presiden UMNO secara terbuka? Puad berkata tak salah mengkritik asalkan guna saluran yang betul.

“Saya juga mengkritik Presiden, tidak ada masalah pun, tapi biarlah betul.

“Mana yang sudah menjadi keputusan parti kita kena patuh.

“Soal mengkritik siapa pun boleh mengkritik, apa masalahnya? Saya juga kritik Perdana Menteri,” ujar Speaker DUN Johor itu lagi.

Sebelum itu, Tan Sri Annuar Musa berkata,
terdapat beberapa nama lagi “dalam senarai menunggu” untuk dipecat selepas dicap sebagai musuh politik.

“Namun kali ini, pemecatan demi pemecatan berlaku dan difahamkan ada lagi beberapa nama yang sudah ‘dicap’ sebagai musuh politik, bakal dipecat,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu.

Annuar adalah salah seorang pemimpin UMNO yang dipecat daripada jawatan setiausaha agung BN pada Januari tahun lalu.

Justeru, beliau memberi amaran bahawa tindakan menggugurkan Tajuddin daripada MKT akan mengundang kepada krisis dan perpecahan dalam parti.

Dalam perkembangan lain, Puad memaklumkan mesyuarat MKT malam ini tutut membincangkan PRU-15 dan disiplin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat