Bagi peluang Tajuddin bertugas sepenuh masa sebagai Duta Besar faktor digugur MKT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan UMNO menguggurkan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kerana memberi peluang kepadanya bertugas sepenuh masa sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, hal demikian kekosongan itu digantikan dengan Isham Jalil.

“Tajuddin ditamatkan pelantikannya kerana beri peluang beliau bertugas sepenuh masa sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

“Maka tempat kosong itu digantikan dengan Isham Jalil,” katanya selepas mesyuarat MKT di Menara Datuk Onn, malam ini.

Sementara itu, ditanya berkenaan hasrat
Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai komponen Barisan Nasional (BN) masih belum dibincangkan.

“Itu adalah keputusan secara konsensus daripada Majlis Tertinggi BN yang belum lagi bermesyuarat.

“Lagipun saya kena tanya Setiausaha BN,” responsnya ringkas.

Pada Januari lalu, 12 bahagian Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengusulkan agar parti mereka menyertai gabungan BN bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Presiden parti itu Larry Sng, berkata usul itu telah dipersetujui barisan kepimpinan baru parti dengan sesi perbincangan lanjut dengan Majlis Tertinggi BN akan diadakan dalam masa terdekat.

“Hal ini kerana kami melihat PBM mampu menjadi pilihan parti berbilang kaum dalam gabungan BN bagi memenangi seberapa banyak kerusi campuran penting di semenanjung dan Sabah.

“Ditambah dengan BN terbukti mempunyai urus tadbir parti yang stabil selain dianggap koalisi paling berpengalaman mentadbir negara, keputusan PBM untuk menjadi sebahagian parti komponen BN dianggap strategi tepat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat