KJ Selar Kritikan Terbuka Nur Jazlan Terhadap PM

- Advertisement -

REMBAU: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyelar kritikan secara terbuka yang dibuat Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Khairy, kritikan terhadap pemimpin tertinggi parti seharusnya dibuat menerusi saluran yang betul dan bukan dipertontonkan kepada khalayak mahupun media.

Jelasnya, kritikan dibuat figura politik itu jelas tidak membantu dalam usaha menyatukan UMNO lebih-lebih lagi ketika penggal Parlimen berbaki hanya kurang setahun.

“UMNO masih parti terbesar di Malaysia dan persepsi serta tindakan yang jelas menunjukkan bahawa ada pelbagai kem dalam UMNO mesti dihentikan kerana perkara tersebut jelas tidak membantu (menyatukan) parti.

“Baru-baru ini kita tengok kawan saya Nur Jazlan mengkritik Perdana Menteri, kenapa perlu cakap seperti itu… kalau ada sesuatu nak sampaikan kepada Presiden sekalipun, banyak saluran yang ada,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Rembau di sini, hari ini.

Terdahulu menerusi laporan sebuah portal berita, kritikan Nur Jazlan itu dibuat sebagai mengkritik tindakan Ismail Sabri yang lewat mengambil keputusan berhubung jawatan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet.

Ia susulan Zuraida mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Mengulas lanjut, ujar Khairy, parti yang menampakkan imej tidak bersatu nyata tidak akan diterima oleh rakyat dan ia jelas telah ditonjolkan pada keputusan beberapa Pihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Beliau turut mengakui dahulunya kerap mengkritik pemimpin lain dalam UMNO, namun, dengan mengambil kira perjalanan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sudah semakin hampir, kini masanya semua pihak bersatu membina semula sebuah parti yang disegani rakyat.

“Semestinya yang terbaik adalah (kritikan) menerusi saluran dalaman terutamanya melibatkan kepimpinan parti dan negara yang sekarang ini diterajui oleh Perdana Menteri dari UMNO.

“Saya harap sikap pemimpin UMNO boleh menampakkan usaha ke arah penyatuan yang lebih yang mana saya sendiri dahulu banyak komen terhadap pemimpin lain dalam UMNO, tetapi sekarang masa kita bina semula parti dan kalau tidak setuju boleh cakap dalam mesyuarat mahupun peribadi,” tambahnya.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat