Pemalsuan Surat Pejabat Bendahari BN Wajar Disiasat – SU Akhbar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemalsuan dokumen dan tandatangan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang tersebar di media sosial wajar disiasat dan diambil tindakan tegas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Setiausaha Akhbar Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien, Hafiz Ariffin, berkata siasatan ini wajar supaya perkara yang telah berlaku ini tidak berterusan menjadi amalan yang menggalakkan politik kebencian dan perbuatan fitnah.

Katanya lagi, surat palsu ini adalah taktik kotor pihak yang berkepentingan untuk menangguk di air yang keruh, mengambil peluang di saat situasi politik dan negara berada dalam keadaan yang getir.

“Hari ini, satu laporan polis telah dibuat berkenaan surat palsu yang mengkaitkan YB Dato Seri Hishammuddin Hussein kedudukan beliau selaku Bendahari Agung Barisan Nasional.

“Surat yang menyatakan kononnya YB Dato Seri Hishammuddin memohon perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda YDPA untuk mengadap bagi mempersembahkan jumlah sokongan ahli-ahli parlimen untuk beliau diangkat menjadi Perdana Menteri, mencadangkan nama bagi barisan kepimpinan kabinet dan pelantikan penasihat kerajaan daripada kalangan negarawan adalah palsu dan tidak benar sama sekali.” kata Hafiz selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, sebentar tadi.

Ujarnya lagi, surat tersebut telah direka dengan menggunaka kepala surat Bendahari Agung Barisan Nasional, serta tandatangan kepunyaan YB Dato Seri Hishammuddin serta cop perakuan penerimaan surat oleh Bahagian Khidmat Pengurusan Istana Negara bagi tujuan supaya ianya kelihatan seolah-olah suatu surat yang sahih.

Tegasnya, laporan polis ini dibuat bagi menafikan kesahihan surat tersebut dan meminta agar pihak polis melakukan sisatan mengikut menurut Seksyen 469 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 463 dan 464(a) Kanun yang sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

“Saya percaya bahawa surat palsu ini dibuat dan disebarkan dengan niat untuk memburukkan reputasi beliau (Hishammuddin) serta mewujudkan kekeliruan orang ramai.” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat