Fokus kelengkapan IOT

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

Ahmad Faizal letak jawatan selepas MB baharu dipilih

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan meletak jawatan selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

KEMAJUAN teknologi hari ini membuka ruang kepada pelbagai industri terutama peranti konsumer untuk melakukan pelarasan tugasan atau ‘synchronisation’, sekali gus mewujudkan satu ekosistem pintar membabitkan semua peranti pengguna.

Ia dipanggil dengan istilah ‘rumah pintar’ apabila semua peralatan elektrik, perkakasan rumah dan elektronik tidak ‘bekerja’ secara sendirian sebaliknya semua digabung dalam satu pelarasan manakala pengguna boleh melakukan arahan menerusi telefon pintar saja.

Contoh paling mudah adalah bayangkan jika anda mempunyai sebuah kediaman pintar dan dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.

Pengguna boleh menghidupkan pendingin hawa terlebih dulu atau mengarahkan perkakas penyedut habuk robotik untuk membersihkan rumah dengan pelarasan aplikasi di telefon pintar.

Itu suasana ekosistem perkakasan rumah hari ini dan sesuai dengan kehidupan pengguna yang sibuk dengan tugasan rutin harian.

Perubahan teknologi yang semakin pesat kini membuka ruang kepada pelbagai kategori peranti pintar untuk digunakan secara optimum, malah pengguna kini lebih tertarik dengan perkakasan pintar.

Perkakasan perumahan pintar bukan saja dibangunkan dengan ciri jimat tenaga yang sangat baik, tetapi ia juga memudahkan pengguna apabila kebanyakan tugasan rutin diambil alih komputer yang dilengkapi Kecerdasan Buatan (AI).

SEMUA peranti atau perkakasan boleh dihubungkan menggunakan aplikasi.
SEMUA peranti atau perkakasan boleh dihubungkan menggunakan aplikasi.

Tambahan pula, jaringan 5G memasuki fasa pembangunan yang pesat dan dalam tempoh mungkin 12 bulan lagi hampir semua aplikasi pintar ini akan boleh melakukan pelarasan secara lebih optimum memandangkan jaringan termaju berkenaan menawarkan kadar kelewatan minimum.

Tahun ini, pemain industri utama menjangkakan berlaku perubahan besar dalam segmen jaringan Internet memandangkan kebanyakan negara dunia bakal melancarkan spektrum teknologi 5G mereka sendiri.

Pelancaran spektrum secara pesat dan komersial itu bukan saja membuka ruang kepada industri untuk menerima manfaat sebaliknya pengguna akan menikmati faedah yang sangat baik selain daripada jaringan Internet kelajuan tinggi.

Spektrum 5G berkenaan juga membuka ruang lebih luas kepada perkakasan pintar terutama berasaskan Internet Kebendaan (IoT) dan pengguna hari ini sudah mula mahukan persekitaran yang lebih pintar.

Menuju ke arah dunia digital yang semakin berkembang pesat, satu daripada cabangnya adalah memiliki sistem rumah pintar dan semua peranti atau perkakasan boleh dihubungkan menggunakan aplikasi.

Namun, wujud persepsi memiliki sistem rumah pintar memerlukan kos sangat tinggi kerana setiap perkakasan perlu menggunakan ekosistem yang sama sedangkan perkembangan teknologi yang pantas membolehkan peranti pintar didapati dengan harga yang rendah berbanding tahun lalu.

Trend pengguna hari ini akan memberi fokus kepada kelengkapan IoT dan mereka akan melakukan migrasi teknologi berkenaan secara lebih luas menjelang tahun depan apabila semua fasa pengujian spektrum 5G selesai.

Beberapa syarikat elektronik gergasi seperti Samsung, Huawei dan beberapa lagi pastinya akan mempergiatkan pengeluaran peranti IoT mereka untuk memberi lebih banyak penawaran kepada pengguna.

Pengguna akan memilih ekosistem pintar untuk perkongsian fail dan tidak memerlukan pengguna memuat turun terlebih dulu sesuatu fail, tetapi ia boleh dikongsi seisi keluarga menjadikan tugas harian lebih mudah untuk dikongsi.

Bagaimanapun, migrasi besar-besaran pengguna untuk IoT membuka sisi gelap apabila penggodam cuba sedaya upaya untuk menceroboh masuk memandangkan kebanyakan pengguna akan menyimpan semua data peribadi mereka dalam perkakasan pintar di rumah.

Contohnya, bil transaksi kad kredit, wajah biometrik, identiti pengguna dan beberapa maklumat sensitif lain disimpan secara awanan menerusi perkakasan pintar mereka.

Keadaan itu membuka lebih banyak ruang kepada penggodam untuk melakukan manipulasi maklumat dan perkara itu menjadi ancaman terbaharu.

Setiap perubahan teknologi datang dengan pelbagai kebaikan namun ia juga mempunyai kelemahan yang wajar ditambah baik setiap masa memandangkan trend penggodam tidak sama walaupun dalam tempoh 24 jam.

HMetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Amy Mastura jadi ‘Missy Jannah’

KUALA LUMPUR: Kali pertama melakonkan watak jururawat atau sering digelar 'Missy', bintang serba boleh, Amy Mastura beroleh pengalaman baharu dengan menyelami kehidupan anggota barisan...

LUMOS Auro, Projektor Serba Lengkap Dan Mampu Milik Buat Kaki Filem

Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlangsung, pastinya ada antara anda yang merindui kepada pawagam dalam menonton filem terbaru yang ditayangkan. Sekiranya...

Yuna seperti di ‘alam khayalan’

Kuala Lumpur: Penyanyi Yuna, 34, berbangga diberi peluang untuk mengadakan persembahan secara maya di Aquaria KLCC, di sini, dan menghiburkan penonton menerusi dalam talian, semalam. Yuna...