“Ya, kami memang hasut rakyat bantah penjualan saham MAHB kepada entiti pro-Zionis”- pembangkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perikatan Nasional (PN) mengakui dalam gerakan menghasut rakyat untuk bangun dan bantah penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada entiti pro-Zionis.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa, Kerajaan Madani sebaliknya hanya mengambil pendekatan buat pekak dan tuli dengan cuba memperbodohkan rakyat kononnya pembangkang menghasut.

“Ya, kami memang menghasut untuk rakyat bangun dan bantah penjualan saham MAHB kepada entiti pro-Zionis,” tegas Ahli Parlimen Machang itu.

Sebelum itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, Menteri Pengangkutan merangkap Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke cuba main silap mata, taichi dengan rakyat bila beliau menepis persoalan penjualan saham MAHB yang menjaga aset strategik negara kepada syarikat pro-Zionis yang melabur dalam syarikat-syarikat senjata yang membunuh ribuan rakyat Palestin iaitu Blackrock.

“Beliau patut turun, dengar dan baca memorandum protes kami tadi yang jelas menegur bukan saja beliau yang menjaga aset-aset ini selaku penyelia-pengelola (regulator) malah kepada Perdana Menteri sendiri yang juga Pengerusi Khazanah Nasional, dan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengizinkan penjualan ini berlaku.

“Kamu Anthony Loke adalah ahli Jemaah Menteri, ada tanggungjawab bersama (collective responsibility) yang perlu mendahulukan kepentingan negara bukan kepentingan syarikat pro-Zionis.

“Kalau kerajan berdegar-degar menjual prinsip tatakelola Environmental, Social and Governance (ESG) dalam kerangka Ekonomi Madani, takkan dalam soal melibatkan etika dan moral ketika ini – saat di mana seluruh dunia menyokong usaha memboikot syarikat pengeluar senjata yang membunuh rakyat Palestin boleh pula kamu taichi kata bukan tanggungjawab Kementerian Pengangkutan dan kerajaan.

“Ini alasan dangkal lagi memualkan, lepas tangan! bidas beliau.

Wan Ahmad Fayhsal mengingatkan, tuntutan ini bukan daripada ahli Parlimen Pembangkang semata-mata tetapi jauh lebih penting ialah daripada majoriti rakyat Malaysia khususnya NGO yang memperjuangkan Palestin.

“Jangan kambing hitamkan Perikatan Nasional (PN) demi mengelak tanggungjawab moral yang lebih besar.

“Don’t be a hypocrite and double standard! MAHB tak lingkup tanpa dana Blackrock! Malah ada banyak lagi alternatif lain.

“Sebab itu Tun Mahathir batalkan urus niaga ini pada 2019! Jangan jadi tali barut Zionis! seru beliau.

Sekumpulan aktivis anti-Israel termasuk ahli politik berdemonstrasi bagi membantah tawaran penjualan saham MAHB kepada konsortium yang dianggotai Global Infrastructure Partners (GIP).

GIP dikaitkan dengan syarikat pelaburan multinasional Blackrock, yang memiliki pegangan dalam lima syarikat pembekal senjata kepada Israel.

Semalam, Anthony Loke menasihatkan Wah Ahmad Fayhsal mencari alamat yang betul jika mahu menghantar memorandum bantahan berhubung pegangan saham MAHB.

Menteri Pengangkutan itu menegaskan, Ahli Parlimen Machang itu ‘salah pintu’ jika menghantar memorandum tersebut kepada Kementerian Pengangkutan sebaliknya kepada Khazanah.

Kata beliau, Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak langsung terlibat dalam keputusan penjualan saham syarikat berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat