Anwar puji Ireland, Norway dan Sepanyol iktiraf Palestin sebuah negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakam ucapan tahniah kepada Kerajaan Ireland, Norway dan Sepanyol apabila mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Anwar memuji ketiga-tiga negara itu tatkala memilih untuk berada di landasan sejarah yang tepat serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan.

“Niat murni negara-negara ini jelas terpacul saat diumumkan keputusan tersebut, dan ini bukti nyata bahawa mereka memperaku hak rakyat Palestin kepada prinsip kedaulatan, maruah dan dalam menentukan nasib dan masa depan sendiri.

“Detik bersejarah ini menggerakkan dunia untuk lebih cepat mencapai dan memperteguh keamanan di benua Timur Tengah.

“Kepada negara-negara yang lain yang belum berbuat demikian, fahami fakta ini; bahawa dunia semakin celik kepada aspirasi dan perjuangan warga Palestin, dan usaha mereka dalam mencari dan menjelmakan keadilan tidak mampu tertahankan lagi.

“Ayuh bersama di garis ini dalam mengemudi sejarah lantas memungkinkan perubahan yang bermakna buat rakyat Palestin,” seru Anwar.

Para Rabu, Norway, Ireland dan Sepanyol mengumumkan keputusan mengiktiraf Palestin.

Pemimpin Ireland berkata, Dublin akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara tetapi tidak menyatakan masanya.

Sementara itu, pemimpin Norway dan Sepanyol pula akan berbuat demikian mulai 28 Mei ini.

Selama beberapa dekad, pengiktirafan rasmi negara Palestin dilihat sebagai pengakhiran proses damai antara Palestin dan Israel.

Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah barat sebelum ini berkata, mereka bersedia untuk mengiktiraf negara Palestin suatu hari nanti, tetapi selepas persetujuan dicapai mengenai isu-isu seperti sempadan akhir dan status Baitulmaqaddis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat