UOB Malaysia jemput pelukis teroka kreativiti dan hidupkan kisah mereka pada pelancaran pertandingan UOB Painting of the Year (Malaysia) ke-13

- Advertisement -

Kuala Lumpur, Malaysia, 24 Mei 2023 – UOB Malaysia telah melancarkan pertandingan UOB Painting of the Year (POY) (Malaysia) ke-13 dan ingin menjemput para pelukis mapan dan baru muncul mendedahkan bakat seni sambil mempamerkan kemahiran seni mereka.

Pertandingan UOB POY adalah program seni visual serantau utama Bank dan salah satu pertandingan seni tahunan paling berprestij di Asia Tenggara yang bertujuan mencungkil dan memupuk bakat seni di seluruh rantau ini. Pada tahun ini, pertandingan seni serantau ini telah berkembang ke Vietnam, membolehkan lebih ramai pelukis memaparkan minat mereka terhadap seni.

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia berkata, “Di UOB Malaysia, kami berpendapat bahawa seni memainkan peranan sebagai pemangkin dalam masyarakat di mana ia dapat meningkatkan perubahan sosial, mewujudkan keterlibatan yang lebih besar dan juga menyatukan rakyat berbagai budaya dan latar belakang. Seni juga berupaya mendekatkan komuniti dengan meluaskan pemahaman antara satu sama lain, sebab itulah kami sentiasa berusaha menjadikan seni lebih mudah diakses oleh masyarakat yang lebih luas. Selaras dengan Matlamat Bank untuk ‘Membina masa depan ASEAN’, pelancaran edisi ke-13 pertandingan seni tahunan UOB POY ini mengukuhkan sokongan berterusan kami terhadap seni di Malaysia, di samping komitmen kami untuk memupuk generasi pelukis Asia Tenggara yang akan datang, selain membantu mereka mencapai potensi penuh mereka.”

Penyertaan kini dibuka untuk pertandingan  UOB POY (Malaysia) ke-13; hadiah dipertingkatkan untuk Kategori Pelukis Baru Muncul

Permohonan akan diterima secara digital. Permohonan akan dibuka mulai hari ini sehingga 31 Julai 2023. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap. Pemenang anugerah UOB POY (Malaysia) ke-13 akan diumumkan di majlis anugerah pada September 2023.

Panel hakim pertandingan UOB POY (Malaysia) ke-13 termasuk:

  1. Puan Bibi Chew, Panel Penasihat Industri (Seni Visual) untuk CENDANA Malaysia serta Ketua Ilustrasi dan Pensyarah Kanan di Institut Seni Malaysia (MIA)
  2. Encik Choy Chun Wei, pelukis kontemporari terkemuka Malaysia, di mana karya seni beliau telah dipamerkan di peringkat antarabangsa di China, Hong Kong SAR, Amerika Syarikat, Pakistan, Singapura dan United Kingdom.
  3. Encik Ahmad Fuad Osman, pelukis kontemporari terkemuka Malaysia dan hakim Anugerah Muda Sezaman Balai Seni Negara.

 

Pemenang utama negara akan menerima hadiah suatu bernilai RM100,000, sekaligus menjadi antara lima pemenang negara dari Singapura, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam yang akan bersaing untuk anugerah terkemuka UOB POY Asia Tenggara, serta memenangi hadiah tambahan bernilai S$13,000. Beliau juga berpeluang menghadiri program residensi di Muzium Seni Asia Fukuoka yang terkenal di Jepun.

Dalam meneruskan lagi sokongan terhadap usaha seni para pelukis di rantau ini, UOB Malaysia telah menaikkan hadiah wang tunai bagi Kategori Pelukis Baru Muncul, di mana pemenang Pelukis Harapan akan menerima RM16,000, peningkatan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh didapati di www.UOBandArt.com.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat