Apabila kewangan negara baik, kerajaan cadang ambil alih konsesi lebuh raya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR-Kerajaan sedia mempertimbang cadangan mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya dalam usaha menghapuskan tol.

Namun hasrat itu hanya akan dapat direalisasikanapabila kewangan negara bertambah baik.

Bagaimanapun, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, buat masa ini cadangan tersebut belum dilaksanakan dan hanya ke arah itu apabila kewangan negara baik.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam.

Alexander menjawab soalan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) yang meminta kerajaan menyatakan strategi kerajaan Persekutuan untuk menghapuskan tol di lebuh raya dan usaha-usaha yang dilakukan ke arah itu.

Sementara itu, Alexander menegaskan kerajaan sentiasa komited dan fokus kepada agenda untuk menangani kos kenaikan harga barang dan juga mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat