Puteri Balqis sindir pelakon remaja

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Puteri Balqis, 16, memuat naik hantaran berbaur sindiran kepada seorang pelakon remaja di akaun Instagram miliknya sehingga mencetuskan tanda tanya netizen siapakah individu yang dimaksudkan itu.

Puteri Balqis Azizi atau lebih mesra dengan panggilan Aqish, mendakwa pelakon yang dimaksudkan itu mempunyai sikap suka memerli serta membandingkan kecantikan sesama mereka.

“Kau ni baru 14 tahun, tak banyak beza pun dengan aku. Tapi perangai ‘cringe’ kau mengalahkan orang tua. “Habis semua orang kau nak perli dalam video kau dengan aku yang tak bersalah ini pun kau nak perli, nak bandingkan dengan kecantikan kau,” tulisnya di Instagram Story.

Aqish berkata pelakon remaja itu hanya tahu menunjukkan tubuh badan namun tidak mempunyai kualiti dalam bidang lakonan.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Aqish berharap yang dia tidak akan terbabit dalam mana-mana penggambaran bersama pelakon itu.

“Tolonglah jangan bagi aku satu set dengan dia. Tak sanggup tengok dia ‘flip hair’ 20 kali seminit. Bangga dengan teman lelaki yang muka tak semenggah tu.

“Jangan babitkan aku. Ubat ‘depression’ aku nak dekat habis ni,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat