Bella Astillah berharap rumah tangga dilindungi, berkekalan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Harapan saya, semoga Allah SWT melindungi rumah tangga saya dan Aliff, kekal hingga ke Jannah. Saya kalau boleh, hendak kahwin sekali saja.”

Demikian luah pelakon dan penyanyi, Bella Astillah apabila mengulas mengenai beberapa kontroversi yang pernah melingkari rumah tangganya bersama Aliff Aziz.

Mengambil iktibar setiap titik hitam yang menimpa rumah tangganya, Bella atau pemilik nama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah menjalani tanggungjawab sebagai suami isteri dan menyerahkan selebihnya kepada Allah SWT.

“Alhamdulillah.. buat masa ini, semuanya baik-baik saja. Apa yang boleh saya katakan, kami berdua hanya jalankan tugas sebagai suami isteri, ibu bapa, jadi kami buat yang terbaik saja.

“Kita tak nak merancang lebih-lebih, selebihnya kita macam ‘go with the flow’. Saya percaya Aliff pun dah faham dan buat masa ini dia pun tengah jalani penggambaran.

“Ketika ini, Aliff sedang jalani penggambaran bersama Trisha Ooi, tiada masalah dan dia pun gadis yang baik. Selebihnya, Bella tawakal saja,” katanya.

Terdahulu, timbul kontroversi membabitkan Aliff dan Sophia Albarakbah sehingga tercetusnya isu ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya dengan Bella ketika membintangi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah di slot Akasia TV3 pada Februari lalu.

Ia selepas pendedahan Bella memaklumkan wanita berkenaan mengaku dia ‘tersuka’ dengan Aliff.

Malah, sering membuat panggilan telefon kepada Aliff setiap hari kira-kira tujuh hingga lapan kali ketika mereka berlakon bersama itu.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2.

Mengulas kerjaya nyanyian, Bella yang melancarkan single Tetap Di Sini beberapa bulan lalu menujukan lagu itu khas buat suaminya yang juga pelakon.

Katanya, ada lirik ditulis memang dituju kepada Aliff.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat