Dua Lelaki Rugi Ribuan Ringgit Terpedaya Tawaran Kerja Dalam Talian dan Pelaburan

- Advertisement -

SIBU – Tertarik dengan tawaran kerja sambilan dalam talian menerusi aplikasi Telegram akhirnya menyebabkan seorang lelaki kerugian lebih RM14,000.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, kejadian bermula apabila mangsa berusia 20-an dan bekerja sebagai buruh menerima pesanan ringkas dari individu tidak dikenali menawarkan kerja sambilan dengan hanya menekan tombol ‘like’ video di laman sosial Youtube.

“Berminat dengan tawaran itu, mangsa kemudian berurusan dengan suspek dan diberikan enam tugasan.

“Mangsa akan menerima komisen yang banyak bagi setiap tugasan dilakukan pada peringkat awal,” katanya semalam.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun diminta membuat sejumlah bayaran bermula 15 Mei hingga Sabtu lalu.

“Dia yang melakukan enam transaksi membabitkan jumlah lebih RM14,000 dijanjikan menerima komisen 10 peratus.

“Bagaimanapun mangsa gagal memperolehi keuntungan dijanjikan sebelum menyedari ditipu. Mangsa kemudian membuat aduan ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu semalam.

Sementara itu dalam kes berasingan, Zulkipli berkata, seorang pelajar lelaki turut mengalami kerugian sebanyak RM1,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud melalui aplikasi Telegram.

“Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an dijanjikan keuntungan pelaburan dalam tempoh tiga jam.

“Mangsa kemudian membuat pembayaran pelaburan berjumlah RM1,000 ke satu akaun bank tempatan sebelum diminta menunggu dalam tempoh tiga jam,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian dimaklumkan menerima keuntungan pelaburan berjumlah RM25,000.

“Namun mangsa perlu membuat pembayaran RM7,500 untuk menebus keuntungan pelaburan yang diterima.

“Mangsa berasa curiga dan menyedari terpedaya kemudian membuat laporan polis,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat