Gagal Selesai Masalah Air Kelantan, AKSB Tak Layak Dapat Sagu Hati

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Lembaga Pengarah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) disifatkan tidak layak menerima sagu hati Aidilfitri sebanyak RM10,000 seorang kerana gagal menyelesaikan masalah air di negeri itu.

Parti Amanah Kelantan menganggap pemberian sagu hati itu tidak munasabah dan mereka sememangnya tidak layak menerima habuan berkenaan.

Menurut Pengerusinya Khalid Abdul Samad, pemberian sagu hati itu sangat tidak masuk akal, sedangkan masalah air di Kelantan gagal diselesaikan.

“Jika AKSB cemerlang, kita tidak akan pertikai berapa banyak sagu hati yang mereka berikan, namun semua orang maklum isu air di Kelantan sehingga kini tiada penyelesaian.

“Malah, kerajaan negeri sering memaklumkan memerlukan bantuan Kerajaan Pusat memandangkan kos yang besar, namun sebaliknya yang berlaku dalam keadaan tiada duit, mereka masih menerima sagu hati yang banyak.

“Sehingga kini kita tidak nampak perubahan atau penambahbaikan yang dilakukan AKSB. Saya yakin semua rakyat Kelantan marah mengenai perkara ini,” katanya lapor BH pada Rabu.

Terdahulu, media melaporkan, AKSB dan kerajaan negeri diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan pemberian sagu hati Aidilfitrisebanyak RM10,000 kepada Ahli Lembaga Pengarah AKSB, baru-baru ini.

Pemberian sagu hati itu dipercayai membabitkan sembilan ahli lembaga pengarah, selain setiausaha syarikat didakwa menerima RM2,000 dan kakitangan RM200.

Gesaan itu dibuat selepas tular notis mengenai pemberian sagu hati yang disebarkan dia media sosial sejak kelmarin.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, pemberian sagu hati itu seolah-olah memberi habuan kepada individu tertentu di kalangan mereka.

“Kebiasaannya sagu hati diberikan berdasarkan prestasi yang ditonjolkan syarikat. Ini dalam keadaan macam itu pun, mereka dapat sagu hati yang tinggi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat