Takwim persekolahan kembali bermula Januari pada 2026 – KPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2026 akan dimulakan pada bulan Januari 2026.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan media hari ini berkata penelitian diubuat mengikut kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya.

Ini jelasnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum.

“KPM telah meneliti cadangan untuk mengembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari seperti sebelum ini.

“Pertimbangan KPM adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh (190) hari,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

KPM juga telah merancang untuk memulakan kalendar akademik persekolahan sesi 2025 pada bulan Februari 2025.

Sehubungan itu, KPM akan melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan yang akan dilaksanakan.

“KPM sentiasa memastikan kesejahteraan semua pihak diberi keutamaan bagi mencapai hasrat Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera,” katanya.

Untuk rekod, permulaan takwim persekolahan diubah daripada Januari kepada Mac sejak 2022, selepas KPM mengumumkan sesi persekolahan 2021 dilanjutkan hingga Februari tahun berikutnya ketika sesi persekolahan terkesan akibat pandemik Covid-19 melanda seluruh negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat