Selangor Catat 13,640 Kes Jangkitan HFMD

- Advertisement -

KLANG – Berdasarkan laporan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) daripada Kementerian Kesihatan (KKM), Selangor menyumbang angka tertinggi apabila sebanyak 13,640 kes atau 28.9 peratus sehingga 21 Mei lalu.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, daripada angka tersebut daerah Petaling mencatatkan jangkitan paling ramai pada minggu lalu iaitu 4,155 kes.

Menurutnya, semua daerah di Selangor sudah mempunyai kes penyakit itu, justeru meminta ibu bapa tidak membawa anak-anak mereka di kawasan tempat tumpuan orang ramai.

“Ibu bapa perlu jaga kebersihan anak mereka seperti sentiasa basuh tangan anak mereka, kebersihan pakaian, tidak bermain di tempat kotor dan sebagainya.

“Orang ramai kena ingat bahawa HFMD merupakan penyakit endemik, iaitu ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja,” katanya dalam sesi taklimat program Saring Selangor bersama pemberita hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sehingga pada minggu lalu, sejumlah 47,209 kes HFMD dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 20 kali ganda berbanding 2,237 kes pada tahun lalu dalam tempoh yang sama.

Dalam pada itu, Dr. Siti Mariah menggesa pengusaha taska di seluruh Selangor lebih peka dengan jangkitan HFMD yang menular dengan cepat ketika ini.

Jelasnya, pengusaha sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan menutup taska sekiranya terdapat kes penyakit itu di pusat mereka.

“Saya tidak mempunyai kuasa untuk menutup taska, sebaliknya Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang mempunyai kuasa tersebut.

“Jadi saya harap taska yang ada kes HFMD dapat tutup seketika taska sehingga PKD membenarkan taska itu boleh beroperasi semula,” tegasnya. – Utusan

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,590FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat