Vaksin Terlalu Sedikit, Pegawai Perubatan Diarah Tunjuk Picagari Kepada Penerima

KUALA LUMPUR – Arahan telah dikeluarkan kepada pegawai perubatan yang membantu dalam usaha vaksinasi Covid-19 di bawah ProtectHealth Malaysia untuk menunjukkan kepada penerima vaksin picagari yang diisi dengan vaksin Covid-19 di dalamnya.

Memetik laporan Malaysiakini, perkembangan ini hadir di tengah dakwaan bahawa beberapa pegawai perubatan memberi dos vaksin dalam kuantiti yang kurang bagi program sukarela vaksin AstraZeneca.

Portal itu memaklumkan berdasarkan mesej yang memberitahu semua pihak yang memberikan vaksin AstraZeneca Covid-19 untuk menunjukkan picagari serta jarum suntikan yang kosong setelah vaksinasi.

Mesej itu menambah bahawa mereka harus memastikan jumlah yang betul ditunjukkan – iaitu 0.5ml.

Seorang pegawai Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa mesej itu sahih.

Aduan mengenai kekurangan dos muncul setelah sebilangan orang merakamkan vaksinasi mereka semasa menerima suntikan.

Beberapa penerima vaksin kemudian menyedari bahawa vaksin yang diberikan “terlalu sedikit” berdasarkan kuantiti dalam jarum suntikan.

Sekurang-kurangnya dua pengadu tersebut memberitahu bahawa dos mereka telah ditambah selepas membuat aduan.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) mengatakan bahawa pihaknya sedang menyiasat kes-kes tersebut.

ProtectHealth Malaysia adalah inisiatif di bawah Kementerian Kesihatan yang diselaraskan dengan pegawai perubatan di sektor swasta untuk mempermudah program vaksinasi Covid-19.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat