PM Mahu Pihak Berkuasa Agama Negeri Banyakkan Program Kesedaran Suntikan Vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan supaya pihak berkuasa agama negeri memainkan peranan dengan membanyakkan program-program kesedaran berhubung kepentingan pengambilan vaksin COVID-19 kepada masyarakat.

Perdana Menteri menegaskan usaha mempromosi pengambilan imunisasi tidak seharusnya terhad kepada kerajaan Persekutuan dan negeri sahaja, memandangkan masih ramai dalam kalangan masyarakat umum tidak mendapat maklumat tepat mengenai keperluan mengambil vaksin.

“Saya berharap masyarakat mendapat penjelasan sejelas-jelasnya bahawa keputusan kerajaan dalam isu vaksin berpandukan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI kali ke-10 yang bersidang pada 3 Dis 2020, bahawa hukum mengenai penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus, dan ia wajib diambil golongan ditetapkan pihak berkuasa,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.

Muhyiddin berkata perkara itu ditekankan beliau pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) ke-68 pagi tadi, yang antara lain bagi menyokong program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang berlangsung.

Mesyuarat yang diadakan secara persidangan video itu dihadiri ketua-ketua kerajaan negeri serta ahli-ahli lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin berkata keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI itu juga telah disembah maklum dan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja pada 4 Jan lepas.

Perdana Menteri berkata beliau berharap pihak berkuasa agama menggunakan semua platform yang ada bagi menguar-uarkan mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selain pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Katanya ini bagi mengelak peningkatan kes harian pandemik itu menjadi semakin tidak terkawal. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat