Dua Tren LRT Berhenti Mengejut, Beberapa Penumpang Cedera

- Advertisement -

CYBERJAYA – Beberapa penumpang dilaporkan mengalami kecederaan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam insiden ‘berhenti secara mengejut’ berhampiran stesen Kampung Baru malam sebentar tadi.

Memetik laporan Awani, Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, mengesahkan insiden tersebut berlaku kira-kira jam 9 malam ini melibatkan tren LRT bernombor 40 dan 81.

“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.

“Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Menerusi ciapan di Twitter AskRapidKL, syarikat itu memaklumkann semua penumpang yang cedera telah dibawa keluar dari tren yang terbabit dan usaha membantu serta menyelamat sedang dijalankan.

Sementara itu, berdasarkan gambar-gambar dan video yang dikongsi di media sosial, beberapa penumpang dilihat terduduk sambil menutup bahagian tubuh yang cedera.

Laporan sama menyebut, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata berdasarkan maklumat awal, kedua-dua tren terbabit tidak bertembung, sebaliknya berhenti secara mengejut.

“Berdasarkan maklumat awal, dua tren berkenaan tidak berlanggar tetapi berhenti secara mengejut.

“Kejadian itu menyebabkan penumpang terjatuh dan mengalami kecederaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat