‘Angkut satu keluarga macam tak pernah jumpa ‘mall”

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima menasihat rakyat Malaysia supaya lebih menghargai nyawa dengan tidak mendedahkan diri pada bahaya wabak Covid-19.

Perkara itu dikongsi Erma yang popular menerusi watak Mak Cun sebagai reaksi kepada kenyatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkenaan had masa dua jam pengunjung di pusat beli-belah.

“Kerajaan bagi buka ‘mall’ (pusat beli-belah), kedai dan pasar malam sebab nak jaga ekonomi kita. Ekonomi peniaga kecil. Dia orang (peniaga) bergantung pendapatan pada perniagaan.

“Tapi kita macam ‘beruk dapat bunga’. Yak-yah yeah angkut satu keluarga anak kecil pun dibawanya pergi membeli-belah macam tak pernah jumpa ‘mall’. Macam ‘sakai kelompang’.

“Tak fikir langsung risiko boleh kena Covid-19 kan. Jom guna otak untuk harga nyawa yang Allah bagi pada kita. Bayangkan Allah tarik nikmat bernafas yang ada pada kita ketika ini,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas dalam kalangan pengikut termasuk golongan petugas barisan hadapan.

“Sangat bersetuju. Kami di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dah ‘breakdown’. Cakap baik-baik pun sudah. Cakap kasar nanti dicop pula kurang ajar. Jenuhla macam ni,” komen seorang pengguna.

“Kerajaan dah ajar PKP yang pertama, tak ikut juga. Nak salahkan kerajaan, kasihan yang meniaga. Mereka nak meniaga nak dapat pendapatan. Kita ikutlah SOP. Insya-Allah kita boleh,” kata seorang pengguna lain.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat