Rakyat boleh jadi “kingmaker” dalam krisis adat Negeri Sembilan – A Kadir

KUALA LUMPUR – Konflik yang melibatkan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan ketua-ketua adat itu sudah pun memakan mangsa.

Tokoh Wartawan Negara Datuk Abdul Kadir Jasin berkata, dalam pengertian umum, yang menjadi mangsa mutakhir krisis adat berkenaan adalah rakyat jelata yang mengundi memilih ahli dewan tersebut.

“Wakil-wakil mereka tidak dapat meneruskan persidangan. Bukan itu saja, kedudukan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, pun mula dipertikaikan kerana dituduh memihak dalam krisis tersebut.

“Benarlah kata orang tua-tua, gajah dengan gajah bertempur, pelanduk jadi mangsa.

“Tetapi kalau pelanduk pintar seperti yang diceritakan, ia bukan sahaja boleh mengelak daripada menjadi mangsa malah boleh muncul menjadi “kingmaker”, kata beliau.

Menurut A Kadir lagi, meskipun beliau tidak pakar dalam hal Adat Perpatih yang diamalkan di negeri Darul Khusus itu.

“Cuma, sebagai wartawan dan bekas pengarang saya dilatih menggabungkan berita dan gambar untuk menghasilkan kesan maksimum.

“Berita yang seperenggan dua tetapi diiringi oleh sekeping gambar yang “powerful” boleh menjadi cerita dengan beribu-ribu perkataan.

“Maka demikianlah dengan gambar Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, duduk bertitah dengan diapit oleh lima buah kerusi kosong yang sepatutnya diisi oleh Undang Yang Berempat dan Tunku Besar Tampin.

“Konflik yang melibatkan Tuanku Muhriz dan ketua-ketua adat itu sudah pun memakan mangsa. Sidang DUN yang dirasmikan oleh Tuanku Muhriz pagi tadi terpaksa ditangguhkan ke-satu tarikh yang akan ditentukan kemudian,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat