Sultan Selangor Larang Semua Aktiviti atau Perhimpunan Berkaitan LGBT

- Advertisement -

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang sebarang aktiviti termasuk perhimpunan bagi mempertahankan atau menuntut sesuatu daripada kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diadakan di negeri ini.

Titah baginda dipetik menerusi khutbah Jumaat hari ini yang menyentuh isu LGBT dan tabiat songsang yang mengingatkan umat Islam supaya tidak terlibat walaupun secara tidak langsung terhadap aktiviti sedemikian.

Ini kerana mana-mana individu atau kumpulan yang menyatakan sokongan terhadap hak asasi LGBT adalah haram, malah perbuatan yang menyokong kepada kemungkaran boleh merosakkan akidah.

“Pengamal-pengamal LGBT dan yang mempertahankannya hendaklah kembali bertaubat, menyesal dan tidak mengulangi perbuatan haramnya. Kecenderungan seks songsang adalah tabiat yang boleh diubah melalui mujahadah nafsu yang berterusan,” katanya.

Selain itu, khutbah Jumaat hari ini turut berpesan kepada umat Islam, bahawa mereka wajib menjauhi fahaman dan pemikiran liberalisme selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Jawatankuasa itu turut menyatakan Sisters in Islam (SIS) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Terdahulu Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) ketika bersidang kali ke-69 pada 6 Mac lalu memuji pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengiktiraf golongan LGBT serta konsep negara sekular.

Baginda bertitah, jaminan itu bertepatan waktunya untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan serius memelihara prinsip Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dalam pada itu, khutbah hari ini turut mengingatkan orang Islam yang beriman dan bertakwa wajib menolak LGBT dan menolak kumpulan liberal yang mendukung tabiat songsang ini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat