Skuad Malaysia B-22 Mara Final Piala Merlion 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pasukan Bawah 22 tahun (B-22) negara mara ke final Piala Merlion 2023 selepas menundukkan B-22 Kemboja 4-2 pada aksi di Stadium Jalan Besar, Singapura, sebentar tadi.

Pada aksi final yang dijadual berlangsung Ahad ini, anak buah E Elavarasan akan berdepan sama ada Singapura ataupun Hong Kong di venue sama, bermula 8.30 malam.

Dalam perlawanan itu, pasukan Malaysia tidak menunggu lama untuk berada di depan yang bermula daripada gerakan sebelah sayap kiri dan hantaran Aiman Afif Md Afizul, sebelum disudahkan Haqimi Azim Rosli pada minit ke-13.

Malaysia terus garang dengan gol kedua pada minit ke-29 menerusi gerakan hampir sama, cuma kali ini daripada sebelah sayap kanan apabila R Ruventhiran menyudahkan hantaran Aliff Izwan Yuslan.

Bagaimanapun, skuad negara memberikan ruang untuk Kemboja bernafas selepas kesilapan Rahadiazli Rahalim yang gagal menangkap bola dengan kemas pada minit ke-36 yang berjaya ‘dicuri’ Lim Pisoth bagi mengurangkan defisit kepada 2-1.

Kemboja kemudian kembali bangkit dalam perlawanan, enam minit selepas rehat menerusi Sieng Chantea yang bijak memperdaya seorang pertahanan Malaysia sebelum melepaskan rembatan menewaskan Rahadiazli untuk kedudukan 2-2.

Pemain gantian, Fergus Tierney meraih penampilan sulung impian apabila kemas menyudahkan hantaran Azam Azmi Murad pada minit ke-62 sekali gus meletakkan Malaysia memimpin perlawanan.

Malaysia kembali berkelebihan dua gol selepas hantaran Ruventhiran gagal dibaca dengan kemas oleh penjaga gol Kemboja, Vireak Dara dan peluang itu disempurnakan Najmudin Akmal Kamal Akmal untuk gol keempat pada minit ke-72. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat