Ibu Tunggal Syukur Hasrat Anak Sambung Pengajian Dapat Perhatian YBR

- Advertisement -

CYBERJAYA – Komited dalam membantu seramai yang mungkin anak-anak dalam kalangan golongan yang kurang berkemampuan menyambungkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, Yayasan Bank Rakyat (YBR) hari ini tampil membantu seorang ibu tunggal, Anniza Wardi, 52, membiayai pengajian anaknya di salah sebuah institut pengajian awam terkemuka di Kuala Lumpur.

Anniza Wardi yang juga seorang pekerja kebersihan sebelum ini terpaksa membuat persediaan dalam serba kekurangan bagi tujuan kemasukan ke semester baharu.

Terdahulu, anaknya Akmal Adil Syahmi Shahruddin yang juga merupakan pelajar tajaan MARA di semester kedua jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina dari Universiti Malaya merupakan anak ketiga dari lima beradik ini, memasang impian untuk menjadi seorang arkitek yang berjaya di masa hadapan kelak.

Sumbangan tunai sebanyak RM2,500 telah diserahkan oleh Pengurus Besar YBR, Encik Syaiful Rizal Abdul Ghani kepada ibu pelajar di Masjid Kuarters KLIA dengan berobjektif ianya mampu meningkatkan moral keluarga agar sentiasa menyokong dan meraikan kejayaan anak – anak mereka yang berjaya menyambung pengajian ke IPTA walau dalam apa jua masalah dan kesempitan hidup sekalipun.

“Saya berharap dengan bantuan daripada YBR ini dapat membantu Akmal Adil mencapai impiannya dan dapat membantu keluarganya kelak,” katanya.

Turut hadir dalam sesi penyampaian ini adalah Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Encik Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Syaiful Rizal berkata, melihat keadaan ekonomi yang masih tidak stabil, diharapkan pemberian sumbangan tunai ini sedikit sebanyak mampu meringankan urusan kewangan yang dihadapi oleh keluarga pelajar dan menyuntik kesedaran mengenai kepentingan pelajaran dalam kehidupan dan masa hadapan.

“Sumbangan yang disalurkan kepada mereka yang layak ini diharapkan mampu memberi suntikan semangat dan motivasi kepada anak-anak untuk terus berusaha menuntut ilmu serta sebagai tanda ingatan YBR dalam membantu masyarakat yang benarbenar memerlukan bantuan,” katanya.

Jelas Syaiful lagi, usaha ini bukan sahaja dilihat sebagai pemberian sumbangan khas YBR kepada penerima bahkan usaha ini diharap dapat menjentik hati mana-mana agensi dan badan berwajib agar turut tampil turun padang mengenalpasti sendiri mengenai situasi ini yang adakalanya terlepas pandang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat