Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Kini Dibuka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Permohonan bagi Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik 2023 dengan RM10 juta diperuntukkan kepada penggiat industri muzik melalui pembiayaan dana sehingga RM300,000, dibuka mulai semalam (23 Mac).

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi agensi pelaksana, Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) dalam kenyataan hari ini memaklumkan DKD Industri Muzik itu diharap dapat merealisasikan iltizam MyCreative dalam menyokong industri kreatif negara terutamanya industri muzik.

“DKD Industri Muzik 2023 diperuntukkan oleh kerajaan bagi memudahkan dan menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan muzik yang berdaya cipta serta berupaya dipasarkan di dalam negara dan peringkat antarabangsa.

“Dana ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa, Dana Kebolehpasaran (Domestik) Create 2 Market, dan Dana Persembahan Muzik,” menurut kenyataan itu.

MyCreative memaklumkan nilai geran yang ditawarkan berjumlah RM100,000 untuk Create 2 Market serta RM300,000 bagi Dana Pemasaran, Promosi Antarabangsa dan Dana Persembahan Muzik.

Menurut MyCreative pemilihan penerima bagi ketiga-tiga dana itu akan dilaksanakan berasaskan merit agar dapat memberi sokongan mampan dalam membangunkan projek serta kandungan muzik yang mempunyai kebolehpasaran tinggi.

Menurut kenyataan itu sebanyak RM3.6 juta DKD Persembahan Muzik 2022 diluluskan pada tahun lepas, yang memberi tumpuan kepada penganjuran acara berbentuk persembahan atau konsert.

Permohonan DKD Industri 2023 akan ditutup secara berperingkat dan maklumat lanjut mengenainya boleh diakses menerusi laman sesawang http://mycreative.com.my/dkdmuzik_2023.  – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat